Matrikulasi susah??
KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR MATRIK
Blog ni sebenarnya blog aku yang kedua, blog aku yang lama dah berhabuk ang aku lupe password aku..hahahahah..
BELAJAR KAT MATRIK NI SUSAH KE?
Sebenarnya aku adalah bekas pelajar di Kolej Matrikulasi Selangor(KMS) a.k.a SeMaC. Pada mulanya aku mmg takot nak masuk matrik ni sbb biaselah bakal pelajar matrik selalunya akan dimomokkan oleh senior or cousin tentang kesusahan bile belajar kat matrik ni.Dieorang selalu kata yang budak grade dari matrik ni selalu kalau nak masuk Universiti selalu akan dapat course lelong tapi tak pon sbb alhamdulillah aku dapat sambung pelajaran aku dekat UKM, course pon bukan course lelong.
okay now aku akan cerita kehidupan aku mase kat matrik...ni pengalaman kat KMS je larh ... matrik lain aku tak tau..heheheh..
First day kat matrik...
Buat pengetahuan korang aku ni budak second intake sbb keputusan add math aku mase SPM dulu..sbb add math je ...
So klu budak first intake korang akan daftar kat Andromeda klu budak second korang akan daftar kat bangunan perpustakaan. Aku nak nasihatkan korang untuk daftar awal sbb parking mmg terhad, klu lambat lagi jauh larh korang parking, klu bolh parking dekat dengan kolej kediaman teros(cop parking) sbb nnt senang nak punggah barang..hahaha
Disebabkan aku budak second intake so minggu interaksi hanyalah 2 hari , kalau budak first intake korang akan berinteraksi selama 5 hari. Sepanjang minggu interaksi korang akan diberitahu mengenai peraturan di kolej dan di blok memasing. Korang jugak akan dimaklumkan mengenai modul-modul yang korang dapat, macam aku dari mula aku dapat modul 3(sains biology) nnt aku terangkan lebih lanjut..disebabkan aku second intake aku tidak dipaksa untuk bangun pepagi buta sbb hari interaksi aku start dalm pkol 8, so sesape yang first intake selalunya akan dipaksa untuk bangun pepagi oleh senior batch lepas, sbb korang akan berqiamulail di surau.Okay done untuk minggu interaksi.
KOLEJ KEDIAMAN
Untuk kolej kediaman kat KMS ade lima kolej kediaman yang disediakan , 3 untuk perempuan and 2 untuk lelaki. Setiap kolej kediaman kan ada 3 wing(wing kafe,tengah,felo) and setiap bilik korang akan kongsi dengan 3 org lain kwn kau means satu bilik ade 4 orang.Setiap org dalam bilik akan dapat satu katil,satu almari besi,meja belajar.And one more thing setiap blok akan ada dobi..so selalunya aku akn mendobi dalam pkol 1 or pkol 2 pagi sbb time tu ramai dah tido n tak akan berebut..hahahaha..kat matrik ni korang akan terbiasa tido dalam pkol 1 or pkol 2 sbb korang kene siapkan latihan tuto yang melambak. Oh lupe pulak aku kat kms ni aku dapat tinggal kat blok Vega, blok aku ni dekat dengan makmal sains,kelas tuto n dewan kuliah so kalau terbangun lambar pon takkan lambat pegi kls..hahahha...and setiap tahun akan ade dinner blok yang akan dijalankan pada sem 2..dah nak dekat final selalunya baru dieorg buat.Diantara blok like blok aku dengan blok jiran aku which mean blok Polaris akan ade satu kafe, kafe aku name die Lyra and diantara Polaris and blok Mira akan ade satu lagi kafe. Kafe paling famous kat KMS ni ade dekat kawasan blok lelaki sbb banyak jenis makanan and murah nad kat sini korang bolh order makanan panas bile time petang..oh ye nama kafe ni Orion.ni adalah rupa paras setiap blok yang ade kat KMS..hahah..cantik tak
ni larh kafe yang famous di seantero KMS...HAHAHAH
SUBJEK
ok yang ni semua kolej matrikulasi kat Malaysia sama
ok mase korang dapat surat tawaran korang akan dibagi tau sama ade korang student PST(prog 1 tahun) or student PDT(prog 2 tahun) ...klu sape yang dapat PST tapi nak tukar kepada PDT pon bolh tp kalau PDT nak ke PST tu susah sikit nak tukar..
Senarai modul n subjek
MODUL 1 : Fizik, Matematik, Kimia, Biologi
MODUL 2 : Fizik, Matematik, Kimia, Sains Komputer
MODUL 3 : Biology, Matematik, Kimia, Sains komputer
Yang ni semua prog amik subjek yang same untuk setiap modul, cuma untuk PDT korang akan amik dalam lima tajuk untuk setiap subjek n lima tajuk je akan masuk final every sem..utk PST dalam antara 7 ke 10 tajuk
KESUKARAN BELAJAR DI MATRIKULASI
untuk pengtahuan korang belajar kat matrik tak susah pon asalkan korang siapkan tuto ,lab report n asalkan korang tak buat masaah buat dengan pensyarah. sbb kat matrik ni asalkan korang buat tuto tu dah dianggap study sbb latihan tutu sangat banyak dan merangkumi soalan past year jugak so korang tak payah study sngat..tp ni aku larh klu korang rase na study lagi study larh sbb aku bukan jenis yang suka study sngat tp alhamdulillah dapt masuk U gak n kos yang aku dpt adalah pilihan pertama aku....
and kalau kat matrik ni kalau korang bolh anggap pensyarah ni sebagai kwn korang tapi jngnlah biadap sngt , tak mcm kat U.Setiap hari korang akan start kls pkol 8 n kan habis kls dalam pkl 4 or pkol 5 and petang selalunya akan dijalankan kls tambahan or kuiz..untuk kuiz setiap miggu akan ade kuiz ikot subjek..klu korang gagal kuiz korang bolh repeat kuiz(ni ikut pensyarah) selalunya aku akan repeat kuiz math sbb markah lulus 80 dan keatas..and one more thing klu korang dapat pensyarah yang rajin untuk kuliah korang akan ade kuliah malam selalunya korang kan start dalam pkol8 mlm until 10 malam..selalunya yang akan buat kuliah mal ni subjek kimia sbb nak kejar syllibus..after kls baru korang akan start buat tuto..aku nak pesan ni klu bolh hari ni belajar bab tu mlm tu korang teros buat tuto sbb kat matrik ni satu keje kau siap 10 yang akan datang kat korang and untuk lab report kls aku selalunya akan hantar miggu depannya waktu lab gak..tapi ade gak kls yang kene antar esoknya .. korang doa2 larh dpt pensyarah yang baik baik..hahah..sbb lab report ni susah sikit nak siapkan dalam mase sehari..ni jujur
ok larh korang aku pon nak siapkan task aku jugak ni..nnt klu ade soalan tnye je ok..oh ye mesti korang nak tau aku amik ape kat UKM ni kan ...hahahha...aku amik kos sains biology :)
Dulu spm dapat berapa??
BalasPadamApa perbezaan pst dgn pdt?
BalasPadam